Okey, entry kali ini saya nak kongsi tentang jenis-jenis kulit muka. Setiap orang mempunyai jenis kulit muka yang berbeza-beza. Ada orang muka flawless sangat. Jeles tau. Elok aja muka dia tanpa cela, jerawat, tak berminyak...elok jer! Bila pakai bedak elok je tak bercapuk. Huiii...mak jeless kau.
Bila ditanya, diorang dulu pernah juga mengalami masalah kulit muka. Pernah melalui zaman-zaman kegelapan. Tapi nak tahu apa dia buat? Kita kena kenali dulu jenis kulit muka kita, barulah tahu macam mana nak rawat dan atasi masalah kulit kita. Haaaa....jom kita semak kat bawah.
Sebenarnya,kulit wajah kita ni ada pelbagai jenis. Ada orang yang mempunyai masalah jerawat akibat kulit kering, ada juga jerawat keluar akibat kulit sensitif. Kalau nak rawat jerawat pada wajah kita tu, perlu diketahui jenis kulit terdahulu. Kalau tidak, tersilap pilih produk penjagaan kulit, mungkin keadaan wajah kita jadi makin teruk.
Tips Kenali Kategori Kulit Wajah Dengan Mudah
1) Kulit Berminyak
Kulit berminyak memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih terperinci kerana jumlah minyak yang dihasilkan oleh sel kulit sangat banyak.
Akibat minyak yang berlebihan, golongan yang mempunyai kulit sebegini sering menghadapi masalah jerawat, muka berparut dan wajah yang tidak bersih.
Namun, untungnya orang kulit berminyak ni adalah wajah lambat berkedut serta kalau dijaga akan nampak awet muda.
Orang yang kulit jenis berminyak ni perlu mencuci dan membersihkan wajah secara konsisten.
2) Kulit Sensitiff
Mereka yang mempunyai kulit jenis ini akan cepat bertindak balas dengan persekitaran atau agen yang mudah mendatangkan masalah kulit. Kulit sensitif mudah pecah.
Di antara foktor menyebabkan kulit sensitif ni mudah pecah ialah persekitaran yang kurang elok, debu, kotoran, sinar matahari yang berlebihan dan sebagainya.
3) Kulit Normal
Kulit normal hanya memerlukan perhatian dan penjagaan yang minima. Mereka yang mempunyai kulit normal sangat bertuah kerana bebas dari kotoran dan masalah kulit ekoran pengeluaran minyak yang seimbang. Kulit jenis ini tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. Just nice!
4) Kulit Kering
Sama kesnya seperti kulit berminyak, kulit kering turut memerlukan rawatan yang betul dan bersesuaian. Cumanya, kulit kering ni sangat kekurangan pengeluaran minyak yang sepatutnya sehinggakan kulit menjadi begitu kering.
Oleh itu, pelembab kulit perlu dijadikan sahabat setia. Selain daripada itu, perlu minum banyak air terutamanya air kosong.
Untungnya orang kulit kering ni, muka takkan dihinggapi jerawat, namun mudah berjeragat dan cepat berkedut serta nampak lebih berusia.
5) Kulit Kombinasi
Rata-rata di kalangan kita ni mempunyai kulit jenis kombinasi. Ada yang mempunyai kulit kering di bahagian pipi, sedangkan bahagian dahi, hidung dan dagu adalah kulit berminyak. Boleh jadi juga mempunyai kulit sensitif di dahi dan hidung tetapi berminyak di pipi serta normal di dagu.
Hmm, bila dah kenal dan tahu masalah kulit muka kita, barulah boleh fikirkan tentang produk skincare yang sesuai dengan muka kita.
Di sini saya nak share satu produk yang sangat bagus, sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia. Namanya Youth Skincare. Skincare terbaru daripada Shaklee. Skincare bervitamin tau.
Saya juga sedang menggunakan Youth Skincare ini sudah hampir 5 bulan. Alhamdulillah, kesannya sangat bagus sekali. Saya mempunyai kulit muka yang kering. Sejak menggunakan Youth Skincare ini, masalah kulit muka kering berjaya di atasi. Suka sangat saya! Saya memang sangat berpuas hati dan rasa berbaloi membelinya.
Jika anda berminat untuk mencuba Youth Skincare ini, boleh hubungi atau Whatsapps saya di no : 0133105312. Saya akan kongsi semua info Youth dan kebaikannya secara personal dan lebih detail lagi.
Untuk membuat belian secara terus secara online, boleh klik icon di bawah. Shaklee akan terus membuat penghantaran terus ke alamat yang anda berikan. Mudah bukan?
Boleh juga hubungi atau WhatsApps saya untuk dapatkan belian dengan harga lebih murah dengan mendaftar sebagai ahli. Selain itu, konsultasi PERCUMA akan diberikan jika anda membuat pembelian dengan saya.
Saya pengedar Shaklee sah Malaysia,
IRA SHAHRANI BINTI MOHD SUKRI
SID NO: 1241533
NO.TEL : 0133105312
FB : Ira Shahrani




No comments:
Post a Comment