Saturday, October 20, 2018

Kisahku: Ingat demam biasa, rupanya terkena jangkitan kuman yang teruk dalam darah

Hai...bertemu kembali. Susah nak dapat rentak kembali bila dah tak post status beberapa hari.

Genap seminggu terima ujian demam. Jumaat minggu lepas mula demam, alhamdulillah Sabtu (hari ini) demam dah beransur baik.

Ingat lagi, minggu lepas sepatutnya saya penuh dengan aktiviti.

🌹Jumaat (12 Okt), jam 3-5ptg sepatutnya saya akan ke kelas produk-Zinc Plus di Branch Shaklee Kota Bharu. Apakan daya....saya tak larat nak drive kereta hari tu kerana mula rasa sakit-sakit urat dan belakang badan.

🌹Sabtu (13 Okt), jam 7.00 pagi sepatutnya saya dan anak-anak berada di Kompleks Sukan & Belia, Panji, Kota Bharu untuk sertai Fun Walk sempena Hari Sukan Negara. Anak-anak dah excited dah...tido awal..tanya nanti nak pakai kasut mana,baju mana... saya sendiri pun excited juga. Siap minta En.Suami belikan baju jersey yang ada tulisan Hari Sukan Negara yang kawan dia jual. Memang dia bawa balik sama naik bas balik kampung. Sudahnya......saya demam menggigil atas katil malam tu! Tak pergi juga Fun Walk tu..... Pukul 11.00 pagi, En.Suami bawa pergi klinik panel. Dapat ubat demam & vitamin urat je.

🌹Ahad (14 Okt), saya tak pergi kerja. Cuti kecemasan. Ikutkan saya, nak pergi kerja, tapi En.Suami tak bagi. Nampak saya muka tak sihat katanya. Rehat je kat rumah.

🌹Isnin (15 Okt), pergi kerja. Tahu masih demam tapi pergi jugak sebab ingatkan kerja berlambak kat opis. En.Suami dah balik KL malam tadi, so xde sape nak bebel tak kasi pergi kerja 😜. Bawalah kereta walaupun dalam keadaan pening-pening. Buat tak tahu jer. Tapi terpaksa balik 1/2 day. Tak tahan sejuk aircond kat opis sampai kuku semua jadi biru. Punch-out pukul 1.30 ptg. Sori bos.....sejuk sangat opis!

🌹Selasa (16 Okt), mesti kena pergi kerja. Dah janji dengan opismate untuk sesi libat urus teksi di jajahan Machang dengan Pasir Mas. Alhamdulillah, settle...kerja luar ok lah sebab udara ori,panas...ok dengan keadaan badan yang tak sihat ni. Settle semua balik opis pukul 2.00 petang. Dari pukul 2 nak ke pukul 4.45ptg, azabnya.....tak boleh buat kerja akhirnya pergi berbungkus dengan kain telekung solat sampai tertidur di bilik solat. Bila terjaga, tengok-tengok ada comforter atas badan saya. Patut la saya berpeluh. Sapa tolong selimut saya ni? Rupanya ada sorang akak yang datang solat dalam bilik tu, dia nampak badan saya menggigil-gigil masa tido. Tu yang dia terus pergi ambil comforter dia cepat-cepat selimutkan saya. Terima kasih kak....

Balik rumah petang, sambung menggigil atas katil pulak. Adoi...penatnya gini. Demam tak kebah-kebah. Paracetamol yang doktor bagi dah habis sepapan.

Abah offer nak bawa gi klinik. Saya ikut aje. Ada orang nak bawakan ok lah. Lepas maghrib & makan malam, terus kami ke klinik panel.

Doktor kata macam suspek denggi tapi di klinik tu tak cukup peralatan untuk buat ujian darah. Akhirnya doktor keluarkan surat rujukan ke hospital Tanah Merah untuk buat ujian darah. Saya redha....saya berserah saja kali ini.

Dapat surat, beritahu Abah, kena ke hospital 'atas bukit' pula buat ujian darah. Abah tanya, "malam ni ke kena pegi?" Ya Abah...jom ĺah.

Terus gi ke bahagian KECEMASAN & TRAUMA. Daftar nama, tunggu nama dipanggil doktor, jumpa doktor, pergi ke bilik rawatan untuk diambil darah, kemudian menunggu keputusan ujian darah lebih kurang 1jam, dan doktor panggil nama sekali lagi untuk masuk jumpa. Dup..dap..dup..dap....

Doktor berbangsa Cina di dalam.
"Result darah awak, jangkitan kuman yang sangat teruk..tengok. Bukan denggi. Result denggi awak ok". Tunjuk doktor pada skrin komputer dia. "Okey, I kasi antibiotik ya. Sila habiskan."

"Okey doktor..terima kasih." Terus keluar bilik doktor dengan sedikit lega sebab bukan kena denggi dan xperlu ditahan wad.

Lupa saya nak tanya doktor apa punca saya boleh terkena jangkitan kuman dalam darah?

Hingga kini tak terjawap persoalan tu....

Apapun, saya bersyukur saya ambil langkah yang betul pergi ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika saya biarkan, entah macam mana keadaan saya sekarang.

Begitulah kisah pengalaman saya diuji sedikit oleh Allah s.w.t

Syukurilah nikmat sihat...

Kisahku:-Ingat-demam-biasa,-rupanya-terkena-jangkitan-kuman-yang-teruk-dalam-darah

Dapat MC 2 hari

No comments:

Post a Comment